Assalammualaikum..
Wei kawan-kawan ,sapa takda jodoh lagi tu, boleh la baca doa ni lepas solat.. kikiki
Bismillahirohmanirohim
YA ALLAH Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadipemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku kearah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yangberiman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina, Kesejahteraan hidup kearah yangkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.YA ALLAH Berikanlah kami kebahagiaan, Didunia dan diakhirat, Dan peliharalah kami dari azabapi neraka.YA ALLAH Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh Membimbingku, menyayangiku,menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku,Ketenangan untuk diri ini kembali padamu, Untuk menjadi lelaki/wanita yang soleh/solehah.YA ALLAH Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku, Dekatkanlah diapadaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kemesraan antara kami, Agarkebahagiaan itu abadi.YA ALLAH Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang sejahtera dan abadi,Maka jodohkanlah kami.Tetapi YA ALLAH Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh daripandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan.YA ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannyajauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupuntanpa bersama dengannya.YA ALLAH yang Tercinta Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telahEngkau takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,Segala yang terbaik buat hambaMu ini.YA ALLAH Yang MAha Mengetahui, Segala sesuatu dilangit dan dibumi, Engkaulah yangmelimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini, Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku,Maka aku redha, Atas segala ketetapanMu, Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...
AMIN YA RABBAL ALAMIN




No comments:
Post a Comment